Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
| "Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud) Rujukan :Wikipedia |
نَوَيْتُ اَنْ اِعْتِكَفَ فِى هَذَا المَسْجِدِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى
Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
| "Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud) Rujukan :Wikipedia |
Posted by Proudtobemalaysian2 (fards) at 4:16 AM 0 comments
Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),”Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia.”
Maka orang yang telah kembali kerahmatullah atau kembali ke alam Barzakh ini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, ayat 42 yang bermaksud, “Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia.”
Ayat al-Quran lain ada menyebut,“Bahawa selepas kematian, mereka akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat.”
Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam Barzakh (tanpa ada sebab).
Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.
Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat. (Petikan daripada http://www.islamituindah.my/-Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.
Posted by Proudtobemalaysian2 (fards) at 6:26 AM 0 comments
Tuhanku jadikanlah aku dan zuriatku sebagai orang yang sentiasa mendirikan solat.
Posted by Proudtobemalaysian2 (fards) at 6:51 AM 0 comments
Alam kubur juga adalah tempat permulaan seorang dihukum segala amalannya semasa hidup di dunia. Firman Allah yang bermaksud: “Kemudian mereka dikembalikan kepada Allah Pengawas mereka yang sebenar. Ketahuilah, bagi Allah jugalah kuasa menetapkan hukum dan Dialah secepat-cepat Penghitung.” (Surah al-An’am, ayat 62)
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ziarahkuburingatkankematian_azabdiseksa/Article/
Posted by Proudtobemalaysian2 (fards) at 1:13 AM 0 comments
Posted by Proudtobemalaysian2 (fards) at 7:16 AM 0 comments
Ya Allah, Ya Tuhanku, engkau perelokkanlah agamaku padanya landasan urusanku, engkau perelokkanlah duniaku padanya tempat penghidupanku, engkau perelokkanlah akhiratku padanya tempat kembaliku nanti. Jadikanlah hidup ini menjadi bekal tambahan bagi dalam segala kebaikan dan jadikanlah mati itu pelepas segala keburukan bagiku. Amin
Posted by Proudtobemalaysian2 (fards) at 6:23 AM 0 comments
"Ya Allah wahai tuhan kami, aku mohon kepada mu segala sebab-sebab yang boleh mendorong mendapatkan rahmat mu dan keampunan mu, terselamat daripada dosa sebaliknya berbahagia mendapat syurga serta terselamat daripada neraka..Amin.. "
Posted by Proudtobemalaysian2 (fards) at 8:26 AM 0 comments