BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Al-quran.

Tuesday, December 28, 2010

Surah Al-Anbiya ,ayat 107


"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."
 
Surah Al-Anbiya, ayat 107

Rujukan : wikipedia

Wednesday, December 8, 2010

Doa

Ya Allah, Ya Tuhanku, engkau perelokkanlah agamaku padanya landasan urusanku, engkau perelokkanlah duniaku padanya tempat penghidupanku, engkau perelokkanlah akhiratku padanya tempat kembaliku nanti. Jadikanlah hidup ini menjadi bekal tambahan bagi dalam segala kebaikan dan jadikanlah mati itu pelepas segala keburukan bagiku. Amin

Thursday, December 2, 2010

Doa

"Ya Allah wahai tuhan kami, aku mohon kepada mu segala sebab-sebab yang boleh mendorong mendapatkan rahmat mu dan keampunan mu, terselamat daripada dosa sebaliknya berbahagia mendapat syurga serta terselamat daripada neraka..Amin.. "

Monday, November 22, 2010

Doa...

Ya Allah,
Janganlah engkau sesatkan kami ,
setelah engkau berikan petunjuk.

Ya Allah,
Janganlah engkau pesongkan akidah kami,
setelah engkau berikan hidayah.

Amin...

Friday, November 19, 2010

Surah An-Nasr (سورة النصر) -surat ke-110

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

  1. Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,
  2. dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,
  3. maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya.   Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.
Rujukan :Wikipedia

Thursday, November 18, 2010

Selawat.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Segala pujian bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera atas junjungan besar nabi Muhammad saw semulia-mulia pesuruhnya serta atas keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian.

Kesejahteraan dan keselamatan semoga dilimpahkan kepada junjungan pemimpin para nabi dan rasul Muhammad saw atas keluarganya serta para sahabatnya semua.

amin...

Tuesday, November 16, 2010

Surah Al-Kauthar (سورة الكوثر)

   Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

  1.  Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.
  2.  Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah
  3.  Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.
Surah Al-Kauthar (سورة الكوثر) - surah ke-108

Rujukan :wikipedia

Monday, November 15, 2010

Rukun Islam

  1. Mengucap dua kalimah syahadah .
  2. Menunaikan solat fardu lima waktu .
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan .
  4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta .
  5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu.
Rujukan :Wikipedia.

Friday, November 12, 2010

Pesan Rasulullah Saw..


'Aku tinggalkan kepada kamu semua dua perkara, di mana kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagimana kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya. (Dua perkara tersebut ialah) Kitab Allah (al-Qur’an) dan Sunnahku.'

Rujukan :www.islam.gov.my/e-rujukan

Wednesday, November 10, 2010

Surah Al-‘Asr (سورة العصر)

Surah Al-‘Asr (سورة العصر)
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Demi masa,
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

surat ke-103 (ayat 1 hingga 3)

Rujukan : wikipedia

Tuesday, November 9, 2010

Sujud Sahwi...

" Maha Suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa "

Monday, November 8, 2010

Doa.

" Ya Allah, aku berlindung dengan menyebut kalimat kalimat
   Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan apa yang
   telah diciptakannya "