BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Al-quran.

Thursday, December 8, 2011

Berdoa (2).

Sabda Nabi Saw.

Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.

Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.

Berdoa.

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina - (surah Al-Mukmin ayat 60)

Monday, September 19, 2011

Menjaga Solat.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:  Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?  Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.

Rujukan :http://www.islam.gov.my/e-hadith

Wednesday, August 24, 2011

Selagi Pintu Taubat Masih Terbuka.



Hadith dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya: Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.

Rujukan : http://www.islam.gov.my/e-hadith/selagi-pintu-taubat-masih-terbuka

Rujukan : http://www.iluvislam.com/

Monday, August 22, 2011

Rukun Islam.

Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-

  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Menunaikan solat fardu lima waktu
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan
  4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
  5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu
Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Islam

Saturday, March 26, 2011

Haram Tinggalkan Solat Jumaat

Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)

Rujukan :Wikipedia

Wednesday, March 9, 2011

Alam Baqa’ – Alamul Khulud.

Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),”Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia.”

Maka orang yang telah kembali kerahmatullah atau kembali ke alam Barzakh ini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, ayat 42 yang bermaksud, “Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia.”

Ayat al-Quran lain ada menyebut,“Bahawa selepas kematian, mereka akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat.”
Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam Barzakh (tanpa ada sebab).

Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.

Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat. (Petikan daripada http://www.islamituindah.my/-Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.

Tuesday, February 22, 2011

Tuhanku jadikanlah aku dan zuriatku sebagai orang yang sentiasa mendirikan solat.

Saturday, January 29, 2011

Ziarah kubur ingatkan kematian, azab diseksa

Alam kubur juga adalah tempat permulaan seorang dihukum segala amalannya semasa hidup di dunia. Firman Allah yang bermaksud: “Kemudian mereka dikembalikan kepada Allah Pengawas mereka yang sebenar. Ketahuilah, bagi Allah jugalah kuasa menetapkan hukum dan Dialah secepat-cepat Penghitung.” (Surah al-An’am, ayat 62)


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ziarahkuburingatkankematian_azabdiseksa/Article/