Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda:
"Kuburan adalah awal kehidupan akhirat. Jika seseorang selamat daripadanya, maka setelahnya menjadi lebih mudah. Dan jika ia tidak selamat daripadanya, maka setelahnya lebih mengerikan."
Kemudian Utsman ra. berkata, 'Rasulullah saw. juga bersabda, 'Aku tidak melihat suatu pemandangan melainkan kuburan lebih mengerikan daripadanya. " HR. Ahmad dan At-Tirmidzi, dihasankan oleh Al-Albani
Rujukan: halaqah.net
Al-quran.
Thursday, January 12, 2012
Kuburan adalah awal kehidupan akhirat.
Posted by Proudtobemalaysian2 (fards) at 3:11 AM 0 comments
Sunday, January 8, 2012
Waktu mustajab berdoa.
Takutlah doa orang yang dizalimi, kerana sesungguhnya tiada jarak pemisah antara Allah dan doa orang yang dizalimi itu.
rujukan : Doa Amalan sepanjang hayat, terbitan Jahabersa susunan Abu Nourul Husna.
Posted by Proudtobemalaysian2 (fards) at 12:14 AM 0 comments
Thursday, December 8, 2011
Berdoa (2).
Sabda Nabi Saw.
Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.
Posted by Proudtobemalaysian2 (fards) at 3:56 AM 0 comments
Berdoa.
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina - (surah Al-Mukmin ayat 60)
Posted by Proudtobemalaysian2 (fards) at 3:50 AM 0 comments
Monday, September 19, 2011
Menjaga Solat.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.
Rujukan :http://www.islam.gov.my/e-hadith
Posted by Proudtobemalaysian2 (fards) at 5:48 AM 0 comments
Wednesday, August 24, 2011
Selagi Pintu Taubat Masih Terbuka.
Hadith dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya: Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.
Rujukan : http://www.islam.gov.my/e-hadith/selagi-pintu-taubat-masih-terbuka
Rujukan : http://www.iluvislam.com/
Posted by Proudtobemalaysian2 (fards) at 3:53 AM 0 comments
Monday, August 22, 2011
Rukun Islam.
Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-
- Mengucap dua kalimah syahadah
- Menunaikan solat fardu lima waktu
- Berpuasa pada bulan Ramadan
- Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
- Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu
Posted by Proudtobemalaysian2 (fards) at 4:51 AM 0 comments
